Anak Angkat

Hari Jumaat lepas mengambil seorang  gadis Jepun berusia 24 tahun menjadi anak angkat selama 2 minggu. Keiko Kikuchi – namanya – akan mula bertugas di sebuah pejabat kerajaan di Kuching pada bermula pertengahan bulan ini untuk tempuh selama 2 tahun. Beliau antara puluhan warga Jepun anjuran JICA yang  sedang menjalankan kerja-kerja sukarelawan di Malaysia.

Kedatangannya memberi peluang ahli rumah berinteraksi dengan orang luar dan mendedahkan mereka kepada bahasa dan cara hidup orang lain.

Semalam berkesempatan membawa Keiko ke Bukit Belacan, menikmati air panas di Hulu Langat dan menjamah buah-buahan tempatan; langsat, rambutan dan durian.

Dia makan sambal dan petai, itu yang mengejutkan kami. Walaupun baru belajar dua bulan Bahasa Melayu di Tokyo, dia sudah dapat berinteraksi dengan baik.

 

6 Responses to “Anak Angkat”

  1. Buleh la hang prektis jepun dengan dia, pandai sungguh hang nuu, anak angkat kunuunnn hehehehe..aku kena cari adik angkat jerman pula aih!

  2. Jitraman Says:

    Hang contact lah goethe kat KL, mungkin depa ada program macam tu kut…tapi nak ke depa hantar ke Kedah

  3. Letak la gambar anak angkat tu kat sini. Buat kenang-kenangan…

  4. Jitraman Says:

    Terimakasih melawat blog saya..
    Nanti saya provide link ke gambar beliau..
    belum upload semua gambar…
    tkasih

  5. saya dulu pernah join program ni, tapi saya ke jepun dengan PAMAJA (trimas tun mahathir~)

    untung la encik

  6. aphisher@yahoo.com Says:

    bini angkat ada ka?

Leave a comment