Terkejut

Terkejut bila diberitahu yang anak angkatku tengah bercinta dengan seorang lelaki berbangsa Arab, malah dia mengetahui tentang apa yang harus dilaluinya jika ingin pergi lebih jauh lagi.

Harap-harap pilihannya benar-benar baik, pasangannya itu masih belajar di US dan berasal dari salah sebuah negara Arab,

Sudah seminggu Keiko tinggal dengan kami, semalam berkesempatan membawanya kesuatu majlis perkahwinan. Nampak sangat dia tertarik dengan susunan majlis, paluan kompang dan perarakan masuk pengantin  serta pelamin. 

Oleh kerana Keiko terlibat dalam bidang alam sekitar, isteri penulis membawa beliau ke FRIM Kepong hari Sabtu lalu. Ternyata Keiko gembira dengan lawatan tersebut dan makan tengahari di rumah saudara isteri penulis di Kepong. Hari Sabtu  12 Julai ini, penulis akan menghantarnya pulang ke Crown Princess. Isnin esoknya beliau akan bertolak ke Kuching.

Sepanjang tempuh ini anak-anak penulis telah dapat menguasai sebutir dua perkataan Jepun, belajar membuat origami Jepun, sapaan, bilangan 1 – 10, dan penulis menambah sedikit keupayaannya yang agak berkarat dalam bahasa tersebut. Kami banyak  belajar daripadanya.

Pertembungan budaya banyak mengajar kita tentang nilai-nilai kehidupan.

2 Responses to “Terkejut”

  1. aslkm.. hari ini keiko selamat sampai ke pejabat saya. Ya, beliau akan bertugas di bawah seliaan saya dan utk tempoh seminggu ni, saya ajak keiko utk tinggal bersama saya terlebih dahulu. Kemudian beliau akan tinggal di rumah sewa sendiri. terima kasih atas informasi dr blog anda yang byk memberi maklumat tentang beliau.

  2. Salam Aida,

    Terimakasih kerana melawat blog saya. Keiko seorang yang gemar makan masakan Melayu. Mungkin puan boleh memberi dia “umai” atau laksa sarawak.

    Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: