Port Dickson

Lebih kurang  0900 sabtu 20 Dis 08, penulis meninggalkan rumah ke Port Dickson sekeluarga, sampai di batu 4, pantai Port Dickson pukul 10.15 pagi. Boleh tahan perjalanan kali ini, amat tenang, tidak banyak kenderaan di lebuhraya.

Sempat memancing di batu 4, mendapat umpan dari teman memancing di situ, oleh kerana air belum pasang, gagal menaikkan sebarang ikan.

Bermalam di apartmen Sri Bulan, agak lengkap dengan kolam renang yang agak besar dan lokasinya yang berhampiran pantai. Tempat agak kurang kemas seperti dahulu, tetapi mempunyai kemudahan hawa dingin disetiap ruang, itu yang nyaman tu, kerana cuaca agak panas pada hujung minggu tersebut.

Apa yang menarik di port Dickson kali ini.

Pada hari Ahad penulis melawat kebun sayuran bapa seorang kenalan di Bagan Pinang,   Port Dickson. Penulis kagum dengan kegigihan pesara Shell berusia 62 tahun ini, bertubuh sederhana, namun pencapaiannya amat membanggakan. Beribu pokok cili dalam plastik putih ditanamnya, dan katanya sepatutnya pokok itu boleh dibuang kerana sudah 6 bulan, tapi masih mengeluarkan hasilnya. Di sebelah tanaman cili terdapat kacang panjang yang sekali di ambil lebih dari 100 kilo.

Penulis kagum dengan kegigihannya, mempunyai 4 orang pekerja sebagai pembantunya, dan beliau hanya mengarah dan membantu mana yang patut.

Penanam sayur ini adalah seorang yang tidak mengikut format MARDI atau sesiapa, tetapi lebih suka menjalankan kajian dipetak2 kecil sebelum menanamnya di plot yang lebih besar. Beliau yang tidak lokek ilmu amat suka menerangkan teknik tanamannya kepada pengunjungnya. Ramai yang telah datang dari jauh dan dekat untuk mempelajari teknik tanamannya.

Penulis ingin membuat tanaman cili ini di hadapan rumah, bunyiya macam nak bersaing dengan Tom, inshaallah.

Maaf tiada gambar yang penulis sertakan kerana penulis langsung tidak mengambil sekeping gambar sempena percutian ini.

2 Responses to “Port Dickson”

  1. Tu baguih punya resource tu hang dapat! Elok hang ambik petua petua dia. memang kalu dok ikut ikut sangat teori Mardi, belum tentu berhasil, benda ni lebih korang macam computer juga, kena hentam kromo dulu, test and retest….cabai besaq memang problematik, tapi cabai melaka..pantang hang lempaq biji dia….kira nak membiak saja.

  2. menanam cili kadangkala tak boleh sangat ikut positivism, kena ikut postmodernist gitu.. hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: