@Of late@
Kebelakangan ini terdapat sedikit masalah dalam menggunakan Skype out, kalau dulu taliannya agak ok, tapi sekarang untuk berhubung dengan fixed line di Indonesia misalnya agak sukar sekali, entah mengapa ya, mungkin PC ini agaknya bermasalah.
Kalau tidak skype out ke fixed line di Tokyo misalnya seperti hampir serupa telefon biasa lagaknya.
Dulu pengguna skype hanya sekitar 2 juta seluruh dunia, sekarang melebihi 6 juta pengguna. fuuhhh.
Bagaimanapun diharapkan hujung minggu ini, akan membawa kedamaian dalam hidup kita semua.
Terbaca tentang addons ie kat sini bagi sesiapa yang berminat.
Wassalam dan selamat sejahtera.
Advertisements
May 6, 2007 at 10:01 pm
Aku tak begitu arif sangat tentang telefoni, kerana tiadak begitu gemar berbual. mungkin kesesakan bandwidth dek semakin ramai pengguna. Bandwidth yang dikatakan jalur lebar itu agak misnomer kerana dari rumah kita ia cuma kokko atas telefon biasa, POTS (plain old telephone service) lagi pun telekom bukanlahsatu entiti syarikat yang pentingkan servis kepada pengguna, mereka masih mampu bertahan kerana barriers to entry.
May 8, 2007 at 7:20 pm
Aku nak call hp keluarga pembantu kat Indon, selalunya ok, rasanya sekarang talian dah semakin congested kut. Hari Isnin, satu hari internet down, dahlah cuti ingat nak akses internet dari rumah, berderai harapan, ping gateway semua ok, line jer down, pagi ini try on pulak, dia tak bagi akses kalu cuti dok rumah kot.