TOLONG

Kalaulah hendak dikira pemberian dan anugerah Yang Maha Esa kepada kita, terasa kerdillah diri kita ini. Bagaimana pula jika diambil kira pertolongan orang kepada diri kita; yang kita dapat dari ibubapa, saudara-mara, jiran dekat dan jauh, sahabat-handai, taulan sekampung dan orang-orang lain yang pernah menolong diri kita.

Saya merasakan banyak lagi yang kita dapat lakukan untuk membalas semua yang telah kita terima samada bentuk wang ringgit, perkhidmatan, pertolongan, nasihat dsb.

Kadang2 kita mungkin lupa, bila kita pulang kekampung mungkin dah berkereta nampak orang-orang kampung kita kenal, mungkin kita boleh meluangkan masa mengajak mereka menumpang jika mereka memerlukan, membawa mereka minum atau makan, walaupun sekadar roti canai dan bertanya khabar dan membekalkan sedikit juadah pulang.

Mereka ini saya rasa, bukan hendak meminta wang dari kita, tetapi memerlukan sedikit perhatian dan berkongsi pengalaman. Kadang-kadang kita lupa bahawa perkara seperti ini, amat dituntut apatah lagi jika mereka ini pernah bersahabat dengan arwah ayah atau saudara-saudara kita.

Kadang-kadang dalam kesebukan, kita menidakkan golongan ini, dengan tidak memberi kesempatan masa kepada mereka, bayangkan bila kita berada di usia senja nanti. Masih adakah anak-anak muda yang berhenti sejenak, bertanya khabar tentang keadaan kita dan keluarga. Ia tak semestinya terikat hanya pada sesuatu acara dsb, tetapi bila ada kesempatan hendaklah kita gunakan sepenuhnya, kadang-kadang kesempatan seperti itu susah untuk berulang lagi.

Sekadar renungan di pagi Sabtu ini. Oleh sapalah sesiapa yang lebih tua dari kita, mungkin mereka pernah mengenali saudara tua kita sedikit sebnyak bleh menimbulkan nostalgia kehidupan mereka.

Wassalam.

6 Responses to “TOLONG”

  1. nordinsulaiman Says:

    Saya setuju benar dengan saudara. Memanglah kita di saat senang jarang mengingati golongan ini. Berapa ramai daripada kita yang ingat orang lain ketika enak menikmati juadah di depan mata. Ketika ayam goreng di mamah rakus berapa kerat daripada kita yang ingat apalah makanan yang dimakan oleh ibu bapa kita; atau orang-orang yang kebuluran. Bila kita selalu mengingati pemberian Tuhan ini makan jadilah kita golongan yang bersyukur. Jadi seperti kata saudara, elok benarlah kita berbuat baik khususnya apabila sekali sekala pulang ke kampung.

  2. Memanglah kalau diikutkan lebih banyak yang dapat kita lakukan. Semoga Allah s.w.t. memberi kita ruang, masa dan keadaan dan membuka pintu hati kita untuk melakukan kebaikan dan kebajikan sesama manusia selagi kita diberiNya nikmat untuk meneruskan kehidupan ini.

    Wassalam.

  3. Assalamualaikum,

    Dok sembang apa hampa dua?

  4. La ni, ada kat Kuantan, masuk hari kedua MSAM. Dok kat Telok Chempedak teringat masa kat Langkawai, sayu rasanya.Balik KL hari
    Isnin 30 hb. kerja. tom, tadak cerita ape2 ke

  5. Betulkah abang nik sudah meninggal? Hari ini pula ibu Siti Mohani , pengarah Radio Kedah kembali ke rahmatullah.

  6. Tom,

    Betul Abg Nik pulang ke rahmatullah masa I kat Kuantan. I tengok berita ni keluar masa berita TVI, belah petang, minggu lepas. Takziah kepada Cik Siti Mohani ataspemergian ibunya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: