Masa

Dalam kehidupan ini, kadang-kadang kita dihambat waktu, kalau ada banyak tugasan terpaksa ikut kepentingannya, itupun ada jugak yang tergelincir dari landasan.

Salam takziah buat keluarga rakan penyiar Allahyarham Azaruddin Othman atau lebih dikenali sebagai Pak Din di Kedah FM. Maklumat lanjut boleh didapati  di sini. Kepada Allah kita datang kepadaNya kita kembali. Alfatihah.

Besok, sebagai AJK penulis  akan menghadiri kursus 2 hari semalam di Pusat Latihan TNB di Port Dickson. Tetapi bertolak lewat sendirian pada pagi Jumaat, atas urusan di pejabat. Peserta lain berlepas pukul 7.00 pagi saya mungkin pukul 11 atau 11.30 pagi. Balik ke KL tengahari Sabtu.  Mungkin bercuti pada hari Isnin, banyak juga urusan peribadi yang sepatutnya dibuat, mungkin juga memberi peluang kepada penulis dan isteri tengok wayang dsb.

Pada hari sabtu, terpaksa pula meminta tolong orang lain menggantikan tugasan membaca berita tengahari Sabtu. Mungkin teknologi akan datang akan membolehkan kita membaca berita dari amna sahaja, dengan text dari bilik berita ke telefon mudah alih kita, yang juga mempunyai mikrofon bermutu tinggi untuk siaran radio.

Inshaallah. 

3 Responses to “Masa”

  1. nordinsulaiman Says:

    Selamat berkursus. Lepas ni boleh catat pengalaman atau cerita menarik semasa kursus. Saya baru balik dari Kuchng bawa keluarga makan angin. Jumaat lalu Sarawak cuti, Good Friday. Jumpa lagi.

  2. Nordin, terimakasih atas komen hang.
    Tentu hang seronok berjalan dengan famili kat Kuching. Sana makan pun sedap.
    Aku berkursus dari Jumaat hingga Sabtu, Kem Bina Pengurusan anjuran Bursa Malaysia dekat tempat peranginan TNB di P. Dickson, dikendalikan oleh Prof. Sidek Baba, bekas Timb. Rektor UIA. Kursus agak padat, Prof yang lebih suka dipanggil sebagai Cikgu ini mengendalikan kursus dengan baik sekali. (bermula dari kelas, tazkirah subuh sampai ke bengkel sekali). Kalau hang berkesempatan cari buku dia, Seteguh Tekad, terbitan Alaf 21, RM13 aku memang syorkan, aku baca ptg minggu semalam dari 5 lebih sampai 11 mlm lebih baru habih, lama dah aku x baca buku macam tu. Orangnya berjiwa besar, tapi tak sombong dan riak pada pandanganku. Please get the book it’s a good read, banyak yang diperkatakan dalam kursus tu terdapat dalam buku tu. Harap kita mendapat manfaat darinya.

    Wassalam

  3. nordinsulaiman Says:

    Terima kasih kerana syorkan saya buku tu. Insyaallah saya akan cari. Bukan mudah nak cari buku yang berkualiti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: