Pencarian
Dalam usaha mencari rumah untuk tempat kediaman, berbagai faktor diambil kira, kedektan dengan tempat kerja, sekolah anak-anak, keadaan persekitaran, keselamatan, keadaan rumah, hatta kepada jiran-jirannya sekali.
Tapi di bandar-bandar besar kemudahan alternatif pengangkutan juga penting, oleh itu harga-harga rumah di tempat sebegini agak ok, selalu ada permintaan dan penawarannya.
Walaupun sewa rumah di bandar agak berpatutan tetapi sekiranya kita membayar rm900 atau seribu sebulan, dalam jangka panjang kita tidak akan mendapat apa-apa. Kecualilah kalau kita dapat tinggal di kuarters, rumah bandaraya dan sebagainya.
Penulis masih lagi mencari yang sesuai, namun pertukaran tempat kerja, dan lain-lain sebab yang tak dapat dijangka mungkin melambatkan lagi keadaan.
Wassalam.
Leave a Reply