Anak Angkat June 30, 2008
Hari Jumaat lepas mengambil seorang gadis Jepun berusia 24 tahun menjadi anak angkat selama 2 minggu. Keiko Kikuchi – namanya – akan mula bertugas di sebuah pejabat kerajaan di Kuching pada bermula pertengahan bulan ini untuk tempuh selama 2 tahun. Beliau antara puluhan warga Jepun anjuran JICA yang sedang menjalankan kerja-kerja sukarelawan di Malaysia.
Kedatangannya memberi peluang ahli rumah berinteraksi dengan orang luar dan mendedahkan mereka kepada bahasa dan cara hidup orang lain.
Semalam berkesempatan membawa Keiko ke Bukit Belacan, menikmati air panas di Hulu Langat dan menjamah buah-buahan tempatan; langsat, rambutan dan durian.
Dia makan sambal dan petai, itu yang mengejutkan kami. Walaupun baru belajar dua bulan Bahasa Melayu di Tokyo, dia sudah dapat berinteraksi dengan baik.
Masih mencari June 17, 2008
Setakat ini belum mendapatkan sesiapa untuk menyewa rumah. Tempohari, ada dua keluarga melihat rumah, tetapi penulis lebih mengharapkan untuk menyewakannya kepada orang Melayu Islam sahaja. Minggu ini ada lagi yang akan datang melihat.
Bagi sesiapa yang berminat boleh menghubungi penulis di 012 356 4846.
Wassalam
Ubah angin May 17, 2008
Penulis telah berpindah dari Bandar Sri Permaisuri ke Ampang awal bulan ini. Menunggu kerja pengubahsuaian yang sedikit itu dan lain-lain urusan selesai memakan masa berbulan-bulan. Tujuan pindah; berdekatan sekolah anak, namun pengangkutan awam seperti LRT agak jauh, walaupun begitu keadaan persekitaran yang lebih nyaman dan berdekatan dengan Surau besar agak melegakan.
Tempat baru penulis adalah di Teratak Damai terletak di Jln Mulia 1/2, Taman Bukit Mulia, sebelah kanan di dalam peta Googlemaps tersebut.
Semoga penghijrahan ini diberkati oleh Allah s.w.t., dimurahkan rezeki, ditingkatkan kebahagiaan dan kesejahteraan kehidupan di dunia dan juga di akhirat nanti. Amin.
Wassalam.
Bilakah March 28, 2008
Bilakah kita akan merasa selamat meninggalkan kasut-kasut kita untuk sembahyang di masjid
Bilakah pintu-pintu palang keluar masuk tiket LRT akan di dibuka untuk memudahkan laluan
Bilakah kita merasa selamat dengan anak-anak kita keluar berjalan
Bilakah kita akan merasa selamat dengan memandu kereta di jalanan
Bilakah kita akan hilang keraguan dalam membeli dan meneliti makanan
Bilakah kita akan tetap teguh dalam kepercayaan
Bilakah kita boleh bertanggungjawab ketika sendirian
Bilakah kita merasa puas dengan penuh keberkatan
Bilakah kita boleh mentafsir segala pandangan
Bilakah, bilakah, bilakah, bilakah
Sebahagian dari gambar-gambar di sana March 27, 2008
Aneka gambar pelbagai kedudukan
Sana sini ikut kesesuaian
En Wan Azhmuddin Boss Matrade, di Budapest belanja kami makan
Siap menjemput kami di Opera House lagi, lepas sesat jalan
bawa bersiar lagi menikmati udara malam dan pemandangan
di Bandaraya Budapest yang begitu memukau pandangan
Budi En Wan tetap tersemat dalam kenangan
Dalam rentetan bangunan-bangunan klasik bercirikan kesenian
penuh dengan nilai-nilai gothic, baroque dan renaissance
BUDAPEST DALAM INGATAN
Alhamdulillah March 27, 2008
Alhamdulillah, penulis selamat berangkat dan selamat pulang ke tanah air tercinta setelah sepuluh hari berada di Budapest dan Vienna.
Cantik cantik di perantauan, indah dan cantik jugalah negara kita.
Apa yang pasti budaya Islam dipakai di negara orang tetapi budaya Islam tidak diguna pakai di negara sendiri. sepanjang berada si sana hanya terdapat sekali sahaja pemeriksaan terhadap tiket keretapi, ini menunjukkan budaya bertanggungjwab amat tinggi dalam masyrakat mereka. Bilakah budaya seperti ini akan berakar umbi dalam masyarakat negara ini!
Berangkat pada 15 hb March, selamat kembali pada 26 hb. March. Sejuk menggigit telinga, menyebabkan keringnya kulit badan, tetapi nikmat berjalan di negara orang sesuatu yang amat diidamkan.
Sistem pengangkutan di Budapest amatlah licin, di Vienna tiada bermasalah cuma nilai matawang dan kadar perkhidmatannya yang agak tinggi. Sekiranya saya DJ Tom, tentu tak ada problem kerana dapat berkomunikasi dalam Bahasa Jerman di Vienna.
Bagi mereka yang minat seni, Vienna adalah tempatnya. Sinilah Mozart dan Johan Strauss melahirkan masterpiece2 mereka.
Penulis dengan pasangan terpaksa menghirup kopi di McDonalds banyak kali sebab kesejukan dan kemudahan bilikairnya.
Bersambung nanti.
Ikan bilis November 19, 2007
Semalam Ahad 18 November memulakan perjalanan dari Ipoh pukul 0745 sampai Kuala Nerang 1030 hrs.
Fuu, banyak perubahan di Kuala Nerang, bertambah kedai makan, banyak sekolah berasrama penuh, pejabat2 lain, bas stesen baru… nampak kegiatan ekonominya.
Atas panduan jalan dari kawan2 singgah di Tanjung Dawai. Murah sungguh ikan bilis dan lain2 barangan kat situ. Kalau kat Kuala Lumpur ikan bilis yang lembut putih siap dikopek dijual pada kadar RM30 sekilo seperti diceritakan di sini. Di Tanjung Dawai dijual hanya RM20 sekilo. Nampak berkotak2 barangan telah disediakan menurut tuan kedai untuk dihantar ke Selayang, Chow Kit dll tempat.
Singgah pula di rumah sahabat lama di Laguna Sg Petani, rumah corner lot berharga RM150 k, 3 atau 4 tahun lalu, siap dengan sekuriti dan clubhouse dengan bayaran pengurusan sebanyak RM550 setahun. Kalau di KL rumah sebesar tu RM400k dalam tangan dan bayaran maintenance pula sebanyak minimum RM200 sebulan..
Nasiblah orang Kedah, jalan x jam, barang x mahal, kos kehidupan yang ok..alhamdulillah. Kalaulah dizinkan tuhan bisnis menjadi, nak juga beralih angin.
Keluar ke highway sampai Ipoh pukul 7 malam.
Alhamdulillah kemudian sampai balik KL pukul 12 tghmalam.
Hairini back to the grind.
On the move November 12, 2007
Berada di Kota Singa. Tiba semalam dari KL, Menginap di Executive Suite, Raffles The Plaza. Ke Sentosa harini. Keadaan cuaca agak redup, sama seperti Kuala Lumpur. Kebetulan, the other half berseminar, kita mengambil kesempatan berlibur.
Minggu lepas berada di Manila dan Baguio untuk AJAFA 21, rasanya tak boleh tinggal lama di Filipina. Singapura begitu selamat seperti Kuala Lumpur, makannya mudah. Bertemu perwakilan lain dari Laos, Cambodia, Indonesia, Thailand, dan beberapa negara lain termasuk tuanrumah, membuka mata penulis terhadap perbezaan kultur dan worldview mereka.
Dengan bermulanya penerbangan Airasia ke Banda Acheh bulan ini penulis mungkin akan kesana sekeluarga, kalau boleh tahun depan atas jemputan perwakilan di sana. Membawa keluarga melihat kesan tsunami dan kehidupan di sana.
Sekian untuk kali ini.

