New kittens
Pagi tadi selepas sarapan di kedai, kami mengambil dua ekor anak kucing putih untuk dibawa pulang ke rumah. Kebetulan tuan punya gerai nasi dagang membawa kami ke dewan badminton kg pandan, untuk mengambil anak-anak kucing di situ. Beliau tahu tentang kucing-kucing tersebut kerana selalu bermain badminton di situ.
Kami mengambil sebanyak dua ekor, kalau tidak agak susah kalau tidak berkawan. Teringat semasa membela sekor kucing putih bersama DJ Tom di Langkawi dahulu. Betapa haiwan sekecil itu dapat memberikan keseronokan kepada kami.
Anak-anak kami berasa gembira, penulis pula terpaksa menutup lubang-lubang di laman supaya ia tidak keluar ke jalanraya dan ke rumah jiran. Gambar kucing-kucing belum diambil tetapi rupanya agak sama dengan gambar kucing ini yang penulis muat turun dari internet.

December 8, 2010 at 12:02 pm
..cats are destressers..Il havew several..and a monkey..
December 8, 2010 at 12:03 pm
..cats are de-stressers..enjoy them.. I have several..including a monkey..cheers