Dalam mengendalikan tugas harian, banyak perkara-perkara adhoc yang harus ditangani. Aku tengah membayangkan bagaimana semasa pencen nanti.
Ada lebih kurang 8 tahun lagi ikut perkiraanku. Mungkin sudah boleh membuat perancangan awal apa yang hendak dilakukan.
Mungkin DJ Tom dah punya pelan tersendiri. Mungkin buka tour agency untuk pelawat dari luar negeri terutama pelancong Jerman ke Langkawi. Ini sudah tentu senang kepada beliau kerana dapat berbahasa Jerman dengan baik.
Corramondos juga boleh menjalankan perniagaan di Langkawi.
Seronok kalau dapat balik ke sana sekali lagi.
Aku tak mau tunggu sampai umur bersara wajib. Cukup dah. Bila genap servis 25 tahun dalam 2-3 tahun lagi aku nak calo. Bukan travel agent, tu kerja tambah beban nak uruskan orang makan angin kita nanti masuk angin. La ni tengah dok intensive course belajaq an orchestral instrument, insyaallah hujung tahun ni dapat sijil and skill, lepas tu cari lubang mana mana orkestra – bila pencen kerja apa? Kerja main – main alat muzik. Aku dok concentrate violoncello atau ringkasnya cello…doakanlah…