Budi ikhlas

Persepsi penulis

Menjelang lebaran September 23, 2008

Filed under: Uncategorized — jitraman @ 8:16 pm

Berdebar rasanyer hati menunggu kedatangan lebaran tahun ini. Terbayang-bayang kenangan semasa kecil-kecil dahulu. Alangkah indahnya suasana bulan Ramadan di kampung dahulu, bermain mercun dengan saudara dan sahabat, meriam buluh, dengan morehnyer, tarawehnyer, terasa seperti baru berlalu sahaja.

Begitulah putaran masa begitu pantas meninggalkan kita.

Manakala kanak-kanak sekarang lebih tertumpu kepada computer games, ps2, dan macam-macam lagi.

Penulis sempat menghantar  kereta untuk diservis sebelum pulang berhari raya tahun ini. Tahun ini seperti tahun lepas balik ke rumah mertua di Ipoh. Itupun selepas melawat ibu yang agak uzur sekarang, berada di Shah Alam. Satu-satunya tonggak keluarga yang masih tinggal  setelah ayahanda penulis meninggal dunia di awal Ramadan 2 tahun  lepas. Semoga roh Ayahanda dicucuri rahmat, dan pusaranya dihiasi Allah s.w.t. laksana taman dari taman-taman syurgaNya.

Insha Allah penulis akan bercuti bermula dari Isnin hingga ke Jumaat minggu hadapan. Alhamdulillah.

Akhir kalam, semoga kita dapat memanfaatkan malam-malam terakhir Ramadan ini, dan kita dipilih oleh Ya Robbi Pencipta sebagai penerima fadilat Lailatul Qadar untuk Ramadan kali ini.

 

Ramadan September 17, 2008

Filed under: Uncategorized — jitraman @ 8:29 am

Salam.

Seronok bulan ni. Aper tidaknyer terutama, kepada yang suka bertukar masjid waktu taraweh. Lain tempat lain ambiencenya, lain suara Imamnya, lain juadahnya dan lain juga makmumnya.

Bulan ini juga menemukan kita dengan rakan lama, mendapat kad hari Raya, emel, sms, menghadiri majlis berbuka dengan saudara mara dan sahabat handai, jiran tetangga. the list goes on and on. Ini semua membawa seribu makna  dan pengertian tentang penghayatan dalam Ramadan ini.

Ada yang rajin bertadarus ada yang suka bersembang, ada yang suka belanja makan, ada yang sponsor makan, macam-macam..masing-masing nak berebut buat benda yang baik…

Bulan Ramadan juga mengingatkan kita kepada orang yang tersayang yang telah pergi dahulu daripada kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Hari ini Rabu 17 Sept. penulis menerima jemputan berbuka, hari Jumaat menjadi hos untuk kedatangan anak-anak yatim dan pelajar tahfiz ke pejabat. Hari minggu akan berbuka dengan  jiran-jiran lama di Bandar Sri Permaisuri.

Seronok bila berjumpa sahabat dan jiran-jiran lama, apatah lagi bila dah berjauhan sedikit.

Semoga Ramadan anda membawa seribu keindahan di dunia dan akhirat.

Sama-samalah kita berdoa agar kita mendapat manfaat Lailatul Qadar.

Wassalam.

 

Pimpinan September 12, 2008

Filed under: Uncategorized — jitraman @ 8:29 am

Bila bercakap tentang kepimpinan, ramai memperkatakan tentang “strong leadership”. Penulis  merasakan corak kepimpinan ini belum cukup tanpa kemahiran dan kebijaksanaan dalam memimpin.

Antara sedar atau tidak pemimpin yang kurang berwibawa baik di segenap peringkat, natijah kepimpinannya membawa implikasinya yang amat  besar kepada orang yang dipimpinnya.

Kita tidak boleh menolak kemungkinan yang tidak semua orang akan bersetuju dengan kita, tetapi sekiranya niat kita ikhlas, berpandukan apa yang Hak, Insha Allah kita akan berjaya.

Skala paling kecil dalam kepimpinan – ketua keluarga. Sekiranya tanggungjawab itu dapat dilaksanakan dengan berkesan nescaya insan tersebut dan ahli-ahlinya yang akan dapat mengecap kenikmatannya di dunia dan di akhirat.

 

Futuristik September 11, 2008

Filed under: Uncategorized — jitraman @ 4:05 pm

Dalam mengendalikan tugas harian, banyak perkara-perkara adhoc yang harus ditangani. Aku tengah membayangkan bagaimana semasa pencen nanti.

Ada lebih kurang 8 tahun lagi ikut perkiraanku. Mungkin sudah boleh membuat perancangan awal apa yang hendak dilakukan.

Mungkin DJ Tom dah punya pelan tersendiri. Mungkin buka tour agency untuk pelawat dari luar negeri terutama pelancong Jerman ke Langkawi. Ini sudah tentu senang kepada beliau kerana dapat berbahasa Jerman dengan baik.

Corramondos juga boleh menjalankan perniagaan di Langkawi.

Seronok kalau dapat balik ke sana sekali lagi.