Hari Jumaat lepas mengambil seorang gadis Jepun berusia 24 tahun menjadi anak angkat selama 2 minggu. Keiko Kikuchi – namanya – akan mula bertugas di sebuah pejabat kerajaan di Kuching pada bermula pertengahan bulan ini untuk tempuh selama 2 tahun. Beliau antara puluhan warga Jepun anjuran JICA yang sedang menjalankan kerja-kerja sukarelawan di Malaysia.
Kedatangannya memberi peluang ahli rumah berinteraksi dengan orang luar dan mendedahkan mereka kepada bahasa dan cara hidup orang lain.
Semalam berkesempatan membawa Keiko ke Bukit Belacan, menikmati air panas di Hulu Langat dan menjamah buah-buahan tempatan; langsat, rambutan dan durian.
Dia makan sambal dan petai, itu yang mengejutkan kami. Walaupun baru belajar dua bulan Bahasa Melayu di Tokyo, dia sudah dapat berinteraksi dengan baik.