Archive for March, 2008

Bilakah

Posted in Uncategorized on March 28, 2008 by jitraman

Bilakah kita akan merasa selamat meninggalkan kasut-kasut  kita untuk sembahyang di masjid

Bilakah pintu-pintu palang keluar masuk tiket LRT akan di dibuka untuk memudahkan laluan

Bilakah kita merasa selamat dengan anak-anak kita keluar berjalan

Bilakah kita akan merasa selamat dengan memandu kereta di jalanan

Bilakah kita akan hilang keraguan dalam membeli dan meneliti makanan

Bilakah kita akan tetap teguh dalam kepercayaan

Bilakah kita boleh bertanggungjawab ketika sendirian

Bilakah kita merasa puas dengan penuh keberkatan

Bilakah kita boleh mentafsir segala pandangan

Bilakah, bilakah, bilakah, bilakah

Sebahagian dari gambar-gambar di sana

Posted in Uncategorized on March 27, 2008 by jitraman

Wien Budapest set.

Aneka gambar pelbagai kedudukan

Sana sini ikut kesesuaian

En Wan Azhmuddin Boss Matrade, di Budapest belanja kami makan

Siap menjemput kami di Opera House lagi, lepas sesat jalan

bawa bersiar lagi menikmati udara malam dan pemandangan

di Bandaraya Budapest yang begitu memukau pandangan

Budi En Wan tetap tersemat dalam kenangan

Dalam rentetan bangunan-bangunan klasik bercirikan kesenian

penuh dengan nilai-nilai gothic, baroque dan renaissance

BUDAPEST DALAM INGATAN

Alhamdulillah

Posted in Uncategorized on March 27, 2008 by jitraman

Alhamdulillah, penulis selamat berangkat dan selamat pulang ke tanah air tercinta setelah sepuluh hari berada di Budapest dan Vienna.

Cantik cantik di perantauan, indah dan cantik jugalah negara kita.
Apa yang pasti budaya Islam dipakai di negara orang tetapi budaya Islam tidak diguna pakai di negara sendiri. sepanjang berada si sana hanya terdapat sekali sahaja pemeriksaan terhadap tiket keretapi, ini menunjukkan budaya bertanggungjwab amat tinggi dalam masyrakat mereka. Bilakah budaya seperti ini akan berakar umbi dalam masyarakat negara ini!

Berangkat pada 15 hb March, selamat kembali pada 26 hb. March. Sejuk menggigit telinga, menyebabkan keringnya kulit badan, tetapi nikmat berjalan di negara orang sesuatu yang amat diidamkan.

Sistem pengangkutan di Budapest amatlah licin, di Vienna tiada bermasalah cuma nilai matawang dan kadar perkhidmatannya yang agak tinggi. Sekiranya saya DJ Tom, tentu tak ada problem kerana dapat berkomunikasi dalam Bahasa Jerman di Vienna.

Bagi mereka yang minat seni, Vienna adalah tempatnya. Sinilah Mozart dan Johan Strauss melahirkan masterpiece2 mereka.

Penulis dengan pasangan terpaksa menghirup kopi di McDonalds banyak kali sebab kesejukan dan kemudahan bilikairnya.

Bersambung nanti.

Flickr

Posted in Uncategorized on March 27, 2008 by jitraman

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.