Melihat gerak geri orang tua kita, memberi kesedaran tentang rapuhnya kehidupan ini. Pada masa yang sama bila kita melihat kerakusan orang lain dalam menghambat kebendaan dengan membelakangkan nilai-nilai murni dan peraturan, seolah-olah kehidupan ini tiada penghujungnya, kehidupan ini tidak payah dipertanggungjawabkan dan yang kuat menang dan yang lemah kalah.
Bukan mendabek dada mahu bersuara, kita insan serba lemah dalam segala, bukankah yang baik itu menjaga insan lain dari lidah dan tangannya.
Moga kita tenang dimamah usia, makin tunduk makin berisi, bak diam-diam ubi dan ular menyusur akar takkan hilang bisanya. Kalau berjaya, hiduplah bak harimau menyembunyikan kukunya.