Perjalanan August 15, 2007
Lama rasanya penulis meninggalkan blog ini. Maaf kepada sahabat2 kerana tidak membuat sebarang updates .
Kali ini penulis ingin bercerita tentang lawatan yang bakal dibuat. Banyak2 negeri, Sarawak saja penulis belum sampai.
Inshallah kami sekeluarga bercadang ke sana cuti persekolahan ini.
Sebenarnya penulis mempunyai beberapa kenalan di sana. Tengoklah, sebab bila bersama keluarga, mungkin tak sempat untuk bertemu mereka semua.
Diharapkan semua berjalan dengan lancar. Bercadang melawat ladang ternakan kambing seorang sahabat, mengetuk pintu muzium ini dan bersiar-siar tempat2 menarik. Penulis dan keluarga akan tinggal di hotel ini. Mungkin penulis boleh menulis sesuatu tentang servis hotel ini setelah kembali ke KL.
Sdra nordinsulaiman. mungkin mempunyai tips2 menarik tentang apa yang patut dilawati di Kuching. Semoga anda juga bergembira di mana juga anda berada dengan rancangan anda tersendiri pada minggu depan.
Wassalam.