Dalam meniti kehidupan kita memerlukan bantuan masyarakat, sahabat dan mungkin dari kumpulan tertentu. Kadang-kadang pula orang perlukan bantuan dari kita. Begitulah kitaran kehidupan. Anehnya penulis kadang-kadang merasakan permintaan itu tidak berapa bersesuaian.
Oleh itu penulis perlu belajar lebih lagi untuk mudah menghulurkan bantuan bila diperlukan. Kadang-kadang penulis rasa berat untuk membuat sesuatu bila diminta, namun hati ini perlu diasuh dalam membina sifat setiakawan dan tolong-menolong. Kerana merasakan diri diambil kesempatan oleh orang lain dan sentiasa “give in” memberi sahaja, ada masanya penulis merasakan kita tidak mahu melakukan sesuatu.
Ada masanya rasa menyesal pulak kerana tidak ingin membantu, tetapi dek takut menjadi takbur, tak tahan kalau orang berkata, hai tak dak orang lain ke, kadang-kadang sakit juga telinga.
Cuma melepas rasa minggu ini.
Hari Jumaat lalu berpeluang menikmati suasana makan malam diatas bot mengelilingi tasik di Putrajaya, nyaman bertemankan peserta kursus dari kazakhstan, pakistan, singapura, maldives, indonesia, thailand, jepun, korea, hong kong dan lain2 negara serantau.