Budi ikhlas

Persepsi penulis

Cuaca March 29, 2007

Filed under: Uncategorized — jitraman @ 9:35 am

Kuala Lumpur sekarang agak panas dari biasa. Mungkin ramai yang kurangkan aktiviti luaran seperti main golf, ke pantai dsbnya. Kemungkinan tempat-tempat seperti di Kedah, Perlis  dan Langkawi lagi terik dari KL.

Awal pagi ini hujan gerimis kembali menyapa KL, menumpulkan minat penulis untuk berenang se lap  dua sebelum memulakan aktiviti harian lain.

Antara aktiviti hujung minggu ini, menghantar anak ke aktiviti mingguan mereka, menanti orang datang kerumah, menjalani kursus di pagi minggu, membaca berita di RTM, mencari barang keperluan rumah dan jika sempat mungkin bersarapan bersama isteri di luar. Mungkin kehidupan saya  tak sama seperti kehidupan Nordin di Sri Aman.

Tapi baru ini tertarik apabila terbaca tentang udang galah di Kg Merlak di Sungai Rompin, mungkin jika kelapangan ingin juga membawa keluarga berjalan ke sana. Katanya musim udang galah dalam March, tak tahu samada ada atau tidak masa ini.

Minggu depan ada AGM syarikat dan juga kursus bina pengurusan yang akan diadakan di P. Dickson bermula Jumaat 6 April hingga keesokan harinya. Penulis terlibat dalam jawatankuasanya.

Diharapkan keadaan cuaca akan bertambah baik hendaknya, dan kehidupan keluarga kita bertambah bahagia hendaknya.

Wassalam. 

 

Lama tak blog March 22, 2007

Filed under: Uncategorized — jitraman @ 8:45 pm

Salam,

Lama sungguh tak blog, sejak bulan Januari lagi.

Tiada alasan yang dapat diberikan, banyak sebenarnya.

Sepenuh masa hari ini bertugas di Invest Malaysia 2007. Bila waktu pulang,  itulah masalahnya bila menggunakan pengangkutan awam,  hujan yang agak lebat dan tambahan pula tiada berpayung, jadi terpaksa bergegas menaiki monorel untuk pulang ke rumah.

Berjumpa saudara Nordin Sulaiman semalam, head honcho Pejabat Penyiaran RTM Sri Aman, Sarawak, hari ini beliau pulang ke sana, setelah menjalani kurus 3 hari di Iptar.

akhir-akhir ini kerja bertimpa-timpa di ofis, itulah yang dinamakan kehidupan agaknya, sekiranya menjadi usahawan tentu lain keadaannya.

Tentang rumah tu, sudah ditandatangani SPAnya, hanya menunggu lebih kurang 3 bulan unutk mendapatkan hasilnya.

Setakat ini dahulu. Hingga lain kali.