Budi ikhlas

Persepsi penulis

Gambar2 di Pinggiran Cempaka December 25, 2006

Filed under: Uncategorized — jitraman @ 12:05 pm
 

Hartanah December 14, 2006

Filed under: Uncategorized — jitraman @ 9:55 pm

Semalam penulis mengambil kunci untuk apartmen tiga tingkat di Pinggiran Cempaka, Pandan Indah. Kawasan perumahan selari dengan jalan keretapi Star LRT, mempunyai 6 blok yang tediri dari 180 unit semuanya.

Sejak membeli unit dan setelah siap (setahun lebih selepas melakarkan tandatangan di atas surat perjanjian), penulis memasuki apartmen semalam, ada sedikit perlu dibetulkan telah diberitahu kepada mereka yang terbabit.

Unit penulis terletak ditingkat dua (unit hujung) nampak KLCC, sebelah padang permainan, parkir yang paling dekat dengan tangga, kira-kira 10 minit berjalan kaki ke stesen LRT yang terdekat, kiri kanan ada LRT, Cempaka dan Pandan serta kawalan keselamatan 24 jam.

Mungkin bila ambil gambar nanti, akan penulis paparkan dalam blog akan datang.

Masa hampir siap, banyak sms diterima oleh agen2 samada untuk menjual & menyewa unit berkenaan.

Iklan-iklan boleh didapati di sini, sini.

 

Nasi lemak December 6, 2006

Filed under: Uncategorized — jitraman @ 11:59 am

Ingat tak makan dah pagi tadi, lepas breakfast roti bakar, telur tiga suku masak dan karipap dan roti bakar, lepas tu ada plak nasi lemak free tadi, sambal pula fuuuh, alright, tengahari tak makan kut.

 

Susu kambing December 4, 2006

Filed under: Uncategorized — jitraman @ 2:44 pm

Penulis telah cuba  mendapatkan susu kambing (beku) di Kuala Lumpur, ada tetapi harganya agak mahal sedikit. Kalau nak tahu kelebihannya lihat di sini 1) dan 2) . Khabarnya seorang pengeluar di Sg Siput meletakkan harga RM12 seliter manakala berdekatan Kajang penulis membelinya dengan kadar RM18 seliter. Tapi di kawasan Kuala Lumpur, sebotol plastik kecil (lebih krg secawan kopi) susu ini sahaja, mencecah rm5 ke rm10.

Penulis mungkin lebih menerima susu ini dari susu lembu, khasiatnya lebih baik dan elok diminum oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Bagi anda yang mengetahui di mana di Kuala Lumpur yang edarannya sentiasa ada, bolehlah memberi komen di blog ini.

Selamat mencuba.