Budi ikhlas

Persepsi penulis

Keterlanjuran November 30, 2006

Filed under: Uncategorized — jitraman @ 11:38 am

Bagaimana agaknya apabila seorang pembantu didera oleh majikannya. Adakah ini disebabkan tekanan kerja, rumahtangga, suami dan lain-lain lagi?

Kedua-dua pihak, pembantu dan majikan, saling memerlukan. Walaupun majikan mempunyai lebih kuasa, kedua-dua pihak hendaklah menyesuaikan diri dengan sebaik mungkin.

Kedua-dua pihak mempunyai peranan-peranan masing, kalau kita tahu kerja kita, dan kita membuatnya setakat yang terdaya, inshaallah.

 

Pencarian November 29, 2006

Filed under: Uncategorized — jitraman @ 9:40 am

Dalam usaha mencari rumah untuk tempat kediaman, berbagai faktor diambil kira, kedekatan dengan tempat kerja, sekolah anak-anak, keadaan persekitaran, keselamatan, kedudukan rumah, hatta kepada jiran-jirannya sekali. Tapi di bandar-bandar  besar kemudahan alternatif pengangkutan juga penting, oleh itu harga-harga rumah di tempat sebegini agak ok, selalu ada permintaan dan penawarannya. Walaupun sewa rumah di bandar agak berpatutan tetapi sekiranya kita membayar rm900 atau seribu  sebulan, dalam jangka panjang kita tidak akan mendapat apa-apa. Kecualilah kalau kita dapat tinggal di kuarters, rumah bandaraya dan sebagainya. Penulis masih lagi mencari yang sesuai, namun pertukaran tempat kerja, dan lain-lain sebab yang tak dapat dijangka mungkin melambatkan lagi keadaan. Wassalam.

 

Pencarian November 29, 2006

Filed under: Uncategorized — jitraman @ 9:38 am

Dalam usaha mencari rumah untuk tempat kediaman, berbagai faktor diambil kira, kedektan dengan tempat kerja, sekolah anak-anak, keadaan persekitaran, keselamatan, keadaan rumah, hatta kepada jiran-jirannya sekali.

Tapi di bandar-bandar  besar kemudahan alternatif pengangkutan juga penting, oleh itu harga-harga rumah di tempat sebegini agak ok, selalu ada permintaan dan penawarannya.

Walaupun sewa rumah di bandar agak berpatutan tetapi sekiranya kita membayar rm900 atau seribu  sebulan, dalam jangka panjang kita tidak akan mendapat apa-apa. Kecualilah kalau kita dapat tinggal di kuarters, rumah bandaraya dan sebagainya.

Penulis masih lagi mencari yang sesuai, namun pertukaran tempat kerja, dan lain-lain sebab yang tak dapat dijangka mungkin melambatkan lagi keadaan.

Wassalam.

 

Kos dan nilai November 28, 2006

Filed under: Uncategorized — jitraman @ 5:15 pm

Acap kali kita dengar sekarang projek berjuta atau berbillion ringgit diperkatakan. Kita kekurangan penafsir untuk menerangkan secara ilmiah dan khusus tentang perencanaan, faedah dan keberkesananya. Kita hanya mampu melihat dan mendengar apa yang diungkap dan disampaikan.

Sampai bila!

 

Batuk-batuk kecil November 24, 2006

Filed under: Uncategorized — jitraman @ 5:22 pm

Malam Rabu penulis  terketar-ketar, rasanya seperti demam dah nak datang.

Doktor beri dua hari cuti sakit, dapatlah berihat di rumah, tetapi dengan anak-anak yang bercuti, bukan senang untuk mendapatkan ketenangan itu.

Alhamdulillah, hari ini segar sedikit dapat menyambung kembali tugas di pejabat. Bertemu saudara Shafruddin Hutan Setali, lepas solat jumaat dekat Masjid Jamek seperti dijanjikan, beliau sebuk atas urusan adiknya yang akan melangsungkan perkahwinan bulan hadapan di Kedah.

Rasa hati ingin melawat  Maha 2006, khabarnya kesesakan jalan ke situ boleh tahan juga. Tengoklah kalau berkesempatan hujung minggu ini.

Semoga dipulihkan dari batuk dan bersin ini.

Wassalam. 

 

Oh! Bahasaku November 18, 2006

Filed under: Uncategorized — jitraman @ 9:13 am

Penulis tertarik dengan apa yang dipaparkan oleh Tom dalam blognya disini tentang pengajaran bahasa Inggeris dalam Sains dan matematik.

Penulis merupakan produk aliran Inggeris dari darjah 1 hingga tingkatan 5.  Penulis merasakan bahasa kita hendaklah diteraskan dalam sistem pelajaran kita.

Tapi ini tidak bermakna kita mengenepikan bahasa-bahasa lain. Tengoklah sdra. Tom sendiri, berkebolehan berhubung dalam Bahasa Arab, Mandarin, Jerman dan lain-lain lagi, cuma penulis yang mempunyai sedikit keupayaan dalam bahasa Jepun.

Kalau kita tidak berbangga dengan bahasa kita, siapa lagi? Mengapa kita mesti mengubah diri kita untuk menyesuaikan dengan orang negara lain. Mengapa terdapat universiti di Beijing menyediakan kursus Bahasa Melayu, untuk anak bangsanya, mereka ini menyedari kepentingan bahasa ini di rantau ini. Sementara kita mengorak langkah kebelakang.

Lihat kadar pengunaan bahasa Inggeris di Filipina. Bagaimana ekonominya. Lihat Jepun dan kadar pembacaan rakyat mereka. Terdapat orang barat dan sebilangan dari Asia hari ini ingin mempelajari bahasa Jepun dan Mandarin untuk menembusi negara-negara ini.

Kalau kita unggul dalam bahasa kita, keilmuan dan ekonominya saya tak rasa orang negara luar, tidak mahu mendalami bahasa Melayu dan cara hidup negara kita. Akan tertulislah buku-buku atau yang dialih bahasa tentang kita.

Semua bertitik tolak dari diri kita, kalau budaya berilmu dan membaca dapat diterapkan dari usia muda, inshaallah kita akan menguatkan lagi penggunaan bahasa kita, bahasa ilmunya, pengeluaran buku-bukunya dan yang lain-lain yang sewaktu dengannya.

Mohon berhenti di sini, dengan izin.

 

Urusan November 15, 2006

Filed under: Uncategorized — jitraman @ 11:03 pm

Dah dua hari berturut-turut pulang dekat maghrib. udah namanya pun bekerja, kita yang mencarinya oleh itu kitalah yang menjawabnya.

Tapi Kl masih basah petang tadi, kenderaan merangkak-rangkak, tapi aku melangkah pantas mencari tempat untuk berbuka, alhamdulillah enaknya dapat bersantap di waktu hujan.

tinggal satu hari lagi, mungkin boleh dihabiskan pada hari terakhir syawal  iaitu hari selasa minggu depan, inshaallah.

tahniah kepada kwn sekursus dulu di mba ohio dah jadi acting ceo tm net, harap segala masalah tm net dapat diatasi dengan kadar segera. stramyxku pernah down 5 hari selepas Idilfitri, lemah longlai rasanya.

Ta ta.

 

November 11, 2006

Filed under: Uncategorized — jitraman @ 8:24 am

Another beautiful Saturday morning. All set to RTM again. Got a few errands this morning. should be ok.

A few invites, here and there, today & tomorrow. Got to pick some. On sunday, hopefully, my relatives and neighbours will turn up for the tahlil session in the afternoon, after asar prayers.

Just finished a novel.  I wonder if anyone could point me to any stuff such as Wall Street or of that kind.

Till then ta ta.

 

Suara di Udara. November 8, 2006

Filed under: Uncategorized — jitraman @ 3:58 pm

Mendengar lagu Haryati sambil menulis blog. Dosakah hamba mimpi berkasih dengan tuan, hujung jarimu…. antara lirik lagu tersebut.

Tiupan saxnya  sungguh mendayu, mungkin tom boleh sax macam lagu ni dan letak diblognya, cuma saya tak tahu saper penyanyinya lagu ini.

Kepada yang ingin mendengar  penulis di udara boleh melayarai www.rtm.net.my  dan select to listen live, and click on Vom1 for audio streaming pada hari Sabtu ini 11 Nov., pukul 12.00 tgh atau 1.00 tgh untuk berita 10 minit. VOM adalah Voice of Malaysia, siaran luar negeri RTM.

Sekarang sedang mendengar siaran Vom1 rtm. siaran bahasa Inggeris.

Roger.

 

Perjalanan November 6, 2006

Filed under: Blogroll — jitraman @ 2:09 pm

img_0163.JPG

Dalam perjalanan ke Cape of Good Hope.

img_0202.JPG

Koridor di mana sel-sel penjara kecil di sebelah kiri kanan, dan salah satunya menempatkan tahanan  politik paling terkenal didunia, Nelson Mandela.

Pemandangan dari Robben Island

Pemandangan di atas adalah dari Robben island, Afrika Selatan, pulau di mana tahanan politik di tempatkan dalam sel-sel sekangkang kera. Gunung Meja “Table Mountain” yang berbentuk seperti namanya, seperti permukaanya ditutup saprah awan. Oleh itu tidak memungkinkan kami melihat bentuk aslinya pada waktu itu. Bandar Cape Town, boleh dilihat tetapi sejarahnya ada yang yang mati lemas bila cuba melarikan diri dari pulau ini kerana arusnya.

Bila menaiki ferri ke pulau ini, penulis dan pasangan hampir basah kerana duduk di bahagian luar bot, terkena tempias angin dan air ombaknya.

Mereka yang bershukur akan  kagum dengan kekuasaan Allah yang menjadikan Cape Town, tempat yang sungguh cantik dan indah, pantai, bukit bukaunya, cuacanya, dan mashaallah mesjidnya merata-rata, dan juga tempat bertemunya Lautan Atlantik dan Lautan Hindi, di Cape of Good Hope di selatan hujung tanah benua Afrika.