Friends

Posted in Travel, friends on January 13, 2010 by jitraman

There are times when you get to spend time with friends. Like taking an out of town trip, going for a khenduri or a long teh tarik session, and what have you.

Then you’ll chance upon to hear about their younger days, their upbringing and events that shaped their lives.

Somehow rather you’d feel connected, like you have quite a number of things in common, that would me make wonder at times.

Yeah, right.

New kittens

Posted in Family on January 10, 2010 by jitraman

Pagi tadi selepas sarapan di kedai, kami mengambil dua ekor anak kucing putih untuk dibawa pulang ke rumah. Kebetulan tuan punya gerai nasi dagang membawa kami ke dewan badminton kg pandan, untuk mengambil anak-anak kucing di situ. Beliau tahu tentang kucing-kucing tersebut kerana selalu bermain badminton di situ.

Kami mengambil sebanyak dua ekor, kalau tidak agak susah  kalau tidak berkawan. Teringat semasa membela sekor kucing putih bersama DJ Tom di Langkawi dahulu. Betapa haiwan sekecil itu dapat memberikan keseronokan kepada kami.

Anak-anak kami berasa gembira, penulis pula terpaksa menutup lubang-lubang di laman supaya ia tidak keluar ke jalanraya dan ke rumah jiran. Gambar kucing-kucing belum diambil tetapi rupanya agak sama dengan gambar kucing ini yang penulis muat turun dari internet.

Macam kucing nie.

My humble abode

Posted in Family on December 30, 2009 by jitraman

Moved here in April 2007.

The “pull” factor is the nearby surau (within a stone’s throw). The surau is the focal point for the local qariah for the daily Prayers, Islamic classes, Maal Hirah, Maulidur Rasul, Eid-Fitr and Eid-Adha celebrations and other activities.

The tranquility of the place, and the friendliness of the people around the area have helped to make it a better place to live in.

Here are a couple of pics of the place we call home.

Living room

The Surau

Year end

Posted in Family, Travel on December 25, 2009 by jitraman

Sunset view from Floating Restaurant near Fort Supai

Taking leave until they call it 2010.

Nothing much, visiting relatives back from Mecca, attending khenduris and tidying up the abode.

Spent 2 days in kuala linggi, what a nice place, reminds me of Langkawi.

Here are  a couple of pics of the place.

dinner time

Looks deliquous

Erfaan

Hari Raya

Posted in Family, Travel on September 30, 2009 by jitraman

Dari Jumaat 18 hb hingga 23 hb Sept. 09 berkampung di Ipoh. Alhamdulillah dapat menunaikan solat lebaran di masjid belakang rumah. Bertambah nampaknya bilangan makmum kali ini.

Bertambah ramai saudara-mara yang berkunjung pada hari raya kedua.

Sempat pula membetulkan kereta sebelum Hari Raya.

Ipoh walau tidak mempunyai segala-galanya seperti KL tetapi tetap mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Itu tidak dapat dinafi.

Nanti jumpa di lain kali.

Ampun dan maaf dari kami di lebaran mulia ini.

Masa santai

Posted in Family, Travel on February 2, 2009 by jitraman

Baru ni pi balik Ipoh, mengail dekat kolam ikan talapia, seronok jugak. Mandi air bukit dengan budak-budak kat  Meru, dan sempat perkena durian dusun pulak tu. Alhamdulillah, dapat merasa keindahan alam sekitar yang nyaman.

pekena durian

pekena durian

berendam

Dalam scene 2,  berendam selepas makan durian. Ada reserved sungai sebelah dusun, airnya jernih,  tempat ini sesuai untuk perkhemahan, sesi motivasi dsb.

best nyer air

Port Dickson

Posted in Uncategorized on December 22, 2008 by jitraman

Lebih kurang  0900 sabtu 20 Dis 08, penulis meninggalkan rumah ke Port Dickson sekeluarga, sampai di batu 4, pantai Port Dickson pukul 10.15 pagi. Boleh tahan perjalanan kali ini, amat tenang, tidak banyak kenderaan di lebuhraya.

Sempat memancing di batu 4, mendapat umpan dari teman memancing di situ, oleh kerana air belum pasang, gagal menaikkan sebarang ikan.

Bermalam di apartmen Sri Bulan, agak lengkap dengan kolam renang yang agak besar dan lokasinya yang berhampiran pantai. Tempat agak kurang kemas seperti dahulu, tetapi mempunyai kemudahan hawa dingin disetiap ruang, itu yang nyaman tu, kerana cuaca agak panas pada hujung minggu tersebut.

Apa yang menarik di port Dickson kali ini.

Pada hari Ahad penulis melawat kebun sayuran bapa seorang kenalan di Bagan Pinang,   Port Dickson. Penulis kagum dengan kegigihan pesara Shell berusia 62 tahun ini, bertubuh sederhana, namun pencapaiannya amat membanggakan. Beribu pokok cili dalam plastik putih ditanamnya, dan katanya sepatutnya pokok itu boleh dibuang kerana sudah 6 bulan, tapi masih mengeluarkan hasilnya. Di sebelah tanaman cili terdapat kacang panjang yang sekali di ambil lebih dari 100 kilo.

Penulis kagum dengan kegigihannya, mempunyai 4 orang pekerja sebagai pembantunya, dan beliau hanya mengarah dan membantu mana yang patut.

Penanam sayur ini adalah seorang yang tidak mengikut format MARDI atau sesiapa, tetapi lebih suka menjalankan kajian dipetak2 kecil sebelum menanamnya di plot yang lebih besar. Beliau yang tidak lokek ilmu amat suka menerangkan teknik tanamannya kepada pengunjungnya. Ramai yang telah datang dari jauh dan dekat untuk mempelajari teknik tanamannya.

Penulis ingin membuat tanaman cili ini di hadapan rumah, bunyiya macam nak bersaing dengan Tom, inshaallah.

Maaf tiada gambar yang penulis sertakan kerana penulis langsung tidak mengambil sekeping gambar sempena percutian ini.

Harga barangan

Posted in Uncategorized on October 17, 2008 by jitraman

Kedudukan Wall Street yang agak yo-yo minggu ini menyaksikan keadaan naik turun yang agak mendadak. Pasaran saham di sana agak ok sedikit bila harga minyak  turun dalam 50 peratus,  di bawah paras USD70 per barrel. Ini kerana bila minyak turun, pengguna dapat menggunakan savings dari minyak untuk benda-benda lain.

Bagi kita minyak dah turun sedikit. Tapi harga barangan masih seperti itu juga. Harga beras pun dikatakan turun di pasaran antarabangsa.

Bagaimana cara kita di sini untuk menghadapi semua ini. Barang keperluan tetap barang keperluan. Pengguna kadang-kadang akan merasa letih dalam membandingkan harga dalam membeli sesuatu. Keadaan cuaca, trafik jam, masa, kehendak keluarga dan lain-lain faktor menyebabkan pengguna terpaksa membeli barangan dari kedai-kedai yang berdekatan, kadang-kadang tanpa mengambil kira nilai harga dan mutu barangan tersebut.

Fikirkanlah.

Kebaikan

Posted in Uncategorized with tags , , on October 11, 2008 by jitraman

Di dalam kehidupan ini, berbagai ragam manusia yang kita temui. Tetapi penulis masih teringat-ingat tentang orang-orang yang berbudi pada penulis. Bagi penulis, orang yang menolong kita dalam kehidupan ini, samada disedari atau tidak, kita akan memanjatkan doa kepada Allah supaya ditambah rezeki dan diberi kebahagiaan kepadanya di dunia dan akhirat.

Tidak semestinya orang yang menolong kita itu orang yang berpangkat dan berharta. Antara mereka yang telah menolong penulis, mungkin sumbangannya kecil bagi orang lain, namun bagi penulis amat besar nilainya.

1. Bila penulis berada di Cape Town, seorang pemandu  van beragama Islam di bandar itu, [penulis telah lupa nama dan nombor telefonnya] mengambil penulis dan membawa ke masjid di kawasannya untuk sembahyang Jumaat, menunjukkan sejarah penindasan keatas masyarakat Afrika dan Asia di sana, membawa ke kedai makanan malah mengenakan kadar berpatutan dengan membawa penulis dan pasangan berjalan ke Cape of Good Hope di mana tambang menaiki kenderaan di sana agak mahal. Penulis akan mencari gambarnya untuk di abadikan di sini. Di sana juga seorang pemandu pelancung Muslim di hotel tempat penulis menginap, membawa kami ke rumahnya dan disambut ahli keluarga dan sanak-saudaranya dalam majlis makan malam yang sungguh meriah seolah-olah mereka telah mengenal kami bertahun-tahun.

2. Bila penulis diterima dengan penuh adab dan kasih sayang sebagai anak angkat selamat 3 hari semasa tinggal dengan keluarga angkat Jepun di Okayama 15 tahun lalu.

Ada lagi kebaikan-kebaikan yang penulis amat menghargainya, mungkin di lain ruang dan ketika, penulis akan menceritakannya.

Hakikatnya, yang mesti diingat, kita hendaklah tidak mengharapkan balasan daripada orang yang kita bantu. Ini kerana manusia lazimnya, tidak akan merasa puas tentang apa yang dia dapat dan mudah lupa akan budi orang lain. Apa yang penting kita serahkan kepada Allah s.w.t. sahaja dan kalau boleh biarlah kita mengelak dari mengungkit sesuatu pemberian dari kita. Antara kita sedar atau tidak, rahmat dan pemberian Allah s.w.t boleh datang kepada kita dalam berbagai bentuk dan cara.

Wassalam.

Menjelang lebaran

Posted in Uncategorized on September 23, 2008 by jitraman

Berdebar rasanyer hati menunggu kedatangan lebaran tahun ini. Terbayang-bayang kenangan semasa kecil-kecil dahulu. Alangkah indahnya suasana bulan Ramadan di kampung dahulu, bermain mercun dengan saudara dan sahabat, meriam buluh, dengan morehnyer, tarawehnyer, terasa seperti baru berlalu sahaja.

Begitulah putaran masa begitu pantas meninggalkan kita.

Manakala kanak-kanak sekarang lebih tertumpu kepada computer games, ps2, dan macam-macam lagi.

Penulis sempat menghantar  kereta untuk diservis sebelum pulang berhari raya tahun ini. Tahun ini seperti tahun lepas balik ke rumah mertua di Ipoh. Itupun selepas melawat ibu yang agak uzur sekarang, berada di Shah Alam. Satu-satunya tonggak keluarga yang masih tinggal  setelah ayahanda penulis meninggal dunia di awal Ramadan 2 tahun  lepas. Semoga roh Ayahanda dicucuri rahmat, dan pusaranya dihiasi Allah s.w.t. laksana taman dari taman-taman syurgaNya.

Insha Allah penulis akan bercuti bermula dari Isnin hingga ke Jumaat minggu hadapan. Alhamdulillah.

Akhir kalam, semoga kita dapat memanfaatkan malam-malam terakhir Ramadan ini, dan kita dipilih oleh Ya Robbi Pencipta sebagai penerima fadilat Lailatul Qadar untuk Ramadan kali ini.